|
SEBAB atau ALASAN Manusia dijadikan Allah dalam keadaan serba lemah. Itu maksud Quran, Surah An-Nisa, Ayat 28 : "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." Kita juga tidak terlepas daripada terangkum dalam pengertian ayat tersebut. Tergolong dalam jenis kelemahan manusia ialah kegemaran untuk memberi alasan di atas setiap ketidakupayaan, kegagalan, kekecewaan dan masalah peribadinya. Pepatah ada berkata : Tak pandai menari, dikatakan tanah tinggi rendah. Sebenanrya apabila kita memberi alasan kepada setiap ketidakupayaan, kegagalan, kekecewaan dan masalah kita, ia adalah suatu reaksi dan sifat semulajadi yang disemadikan kepada makhluk manusia ini. Reaksi dan sifat ini lahir daripada tabiat defensif (pertahanan) yang memang intrinsik pada setiap individu yang hidup. Pada asasnya, tabiat defensif adalah sebenarya suatu ikhtiar mahu terus hidup sambil mengekalkan status quo. Tabiat ini digerakkan oleh mekanisme pertahanan psikologi (psychological defense mechanism) dalam diri seseorang. Keadaan sama dengan mekanisme pertahanan tubuh semulajadi (natural body defense mechanism) yang sentiasa bersiapsiaga dengan pelbagai anasir yang mengancam tubuh dan akan terus bertindak menyerang dan melumpuh atau membasmikannya. Mekanisme pertahanan tubuh adalah sesuatu yang sangat perlu dalam menjamin kesihatan dapat kekal. Tetapi sikap, sifat dan tabiat defensif ini adakah perlu kita layan dan galakkan? Sebenarnya sikap, sifat dan tabiat ini berbahaya pada diri kita, terutama sebagai usahawan atau peniaga. Kita boleh tertipu oleh sangkaan bahawa alasan yang kita berikan itu sebenarnya adalah sebab atau punca sebenar masalah yang kita hadapi. Kita harus ingat alasan bukanlah sebab atau punca masalah. Apabila kita memberi alasan kita berusaha kuat untuk melindungi sebab atau punca sebenar kepada angkara masalah. Kita boleh rasa nyaman dan selamat apabila kita mengemukankan alasan. Tetapi sebenarnya kita sedang menipu diri kita sendiri. Apa tidaknya? Seseorang yang sedar dirinya mempunyai masalah dan masalah itu pula bertolak daripada sesuatu kelemahan peribadi (internal weakness) dia akan berusaha keras untuk mengatasi kelemahan tersebut. Akan tetapi jika kita berbangga dengan keupayaan kita mengemukakan alasan yang konkrit kepada kelemahan kita, tidak akan timbul kesedaran dan kesungguhan untuk mengatasinya. Di sinilah kita sebenarnya tertipu. Masalah yang dihadapi akan terus berkampung pada diri kita. Kita tidak akan menikmati pembaik-pulihan keadaan. Kita tidak akan berusaha untuk membaiki (repair) kesilapan, kesalahan dan kelemahan kita sendiri. Akibatnya kita akan terasa angkuh. Maka teruslah kita bergelumang dalam kelemahan itu. Islam mengajar umatnya agar sentiasa membetulkan setiap kesilapan, kesalahan dan kelemahan. Itu sebabnya kita digalakkan istighfar. Istighfar ialah usaha kita untuk mengakui kelemahan dalam diri kita dan bukannya mencari alasan-alasan luaran sambil menuding jari kepada pihak lain. Keinginan mencari alasan luaran dan menuding jari kepadanya adalah sikap bodoh yang didodoikan dalam syair gurindam anak-anak, "Bangau, oh! Bangau." Mari kita lihat rangkap-rangkap syair gurindam anak-anak tersebut : Bangau, oh bangau, kenapa engkau kurus
Mari pula kita teliti maksud dalam syair ini. Apabila ditanya kepada bangau, kenapa dia kurus. Jawabnya, "ikan tak timbul." Ikan tak timbul bukanlah sebab sebenarnya, malah merupakan satu alasan yang dikira paling munasabah diberikan. Bangau akan mati kalau dia gembira dengan alasan yang dapat dikemukakan itu. Sepatutnya dia harus berusaha keras dengan pelbagai cara untuk menangkap ikan, bukan dengan hanya berdiri kaku di atas satu kaki. Alasan akan membiakkan alasan. Begitulah keadaannya. Seterusnya, apabila ditanya kepada ikan, kenapa dia tidak timbul, ikan pula mengemukakan alasan kononnya rumput panjang sangat. Sebenarnya syair ini boleh diteruskan tanpa hentinya sebab memang setiap pihak ada alasan yang hendak dikemukakan. Berbangga dengan alasan itu semua akan berdepan dengan masalah : Bangau akan mati tak makan ikan. Ikan akan mati tak bernafas kerana rumput panjang. Rumput terus panjang sebab kerbau tak makan. Kerbau akan mati kerana sakit perut. Walaupun alasan kerbau tidak munasabah langsung sebab kerbau bukannya makan nasi. Namun diterima juga alasan tersebut. Akhirnya yang akan selamat dan kenyang ialah ular. Alasan tak perlu pun. Cukup hanya dengan pengakuan berani bahawa memang katak makanannya! Kita sering bertemu sikap begini dalam masyarakat. Apabila seseorang selesema, dia memberi alasan, misalnya, kena hujan. Maka disalahkan hujan. Sepatutnya hujan tidak disalahkan. Kenapa tidak pakai baju hujan atau payung? Ataupun kenapa mesti berhujan? Padahal orang lain ditimpa hujan tetapi tidak menimbulkan masalah. Doktor pula menuduh kuman, maka diberikan antibiotik. Kalau ke bomoh, mungkin menuduh masalah itu akibat buatan orang. Semua cuba menuding jari kepada sesuatu sebab rekaan. Sebab sebenarnya ialah bahawa diri itu lemah. Lemah sehingga hujan boleh menjejaskan kesihatannya, kuman pula boleh memberi kesan mengganggu kesihatannya, dan buatan orang boleh mengalahkan kekuatannya. Dalam dunia ini orang tidak boleh berjaya jika bergantung atau bermain sentimen alasan. Kita mesti berusaha mengatasi kelemahan diri secara positif. Ada cerita yang mengatakan Cassius Clay (Muhammad Ali) belajar tinju kerana diganggu oleh budak-budak nakal (bully). Dia bertindak bijak mengatasi kelemahan itu dengan belajar mempertahankan diri. Pada waktu itu bertinju adalah salah satu caranya. Sekarang mungkin orang akan belajar pelpagai silat mempertahankan diri. Itu cara positif. Jangan jadi pengecut berterusan. Akhirnya dia menjadi juara tinju dunia dan gemilang pula namanya. Dalam perniagaan ini kita terlalu biasa dengan alasan yang diberikan. Ada yang mengatakan itu sebagai sebab atau punca sesuatu keadaan. Padahal kebanyakannya adalah alasan semata-mata. Kita boleh jangka atau ramal bahawa orang yang kerap mengemukakan alasan itu akhirnya mesti akan mengundurkan diri atau akan gagal. Antara alasan yang kerap diberikan : 1. Ahli tajaan saya sudah tidak berminat lagi. Ada syarikat baru
yang paling top yang mencuri habis ahli saya.
Apakah alasan anda untuk tidak berjaya? Ataupun adakah anda akan
berusaha lebih keras lagi untuk menimang kejayaan? Kalau anda ingin berjaya,
lemparkan jauh-jauh segala alasan yang menggugat anda. Tanyalah diri sendiri.
Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Ayuh! Marilah kita menuju
kejayaan dan kekayaan.
|