Jika
anda mendaftar,Anda akan diberi satu laman web atas nama anda cth:.
http://eraedar.tripod.com/suhaimi
utk memperkenalkan kepada kawan downline
anda , Juga akan dimasukkan ke alamat
dimana anda berada . |
|
|
|
|
FORMULA
PROF. DR. AZIZAN ISMAIL
HOMEOPATI
|
Nama Produk: |
NomoSkindis |
Isi: |
30 biji skindis A & B |
Tempoh Guna: |
Bergantung kepada kekerapan |
Kesesuaian: |
Mereka yg Berpenyakit kulit |
Harga:
Sem. Malaysia: RM 29.00
Sabah & S'wak: RM 32.00
Brunai DS: BND 20.00 |
Pengetahuan
Produk
NOMO
SKINDIS
Pendahuluan
Penyakit
kulit adalah penyakit yang paling meluas terjadi di kalangan manusia di
seluruh pelusuk bumi ini. Hampir setiap orang ada penyakit kulit, ataupun
setidak-tidaknya pernah mengidapnya. Tindakan menghapuskan masalah kulit
dengan menggunakan aneka jenis ubat-ubatan konvensional, sama ada yang
dimakan atau disapu, tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah akan
memudaratkan lagi keadaannya. Kita hendaklah mengerti bahawa timbulnya
simptom penyakit kulit adalah akibat kotoran dan keracunan yang terlampau
tinggi di dalam tubuh.
Tubuh
yang sihat akan bertindak menghapuskan kotoran dan racun yang terhimpun
di dalam tubuh dengan mengalirkannya keluar. Lazimnya kotoran dan racun
tubuh akan dinyah keluar daripada tubuh melalui saluran biasa seperti buah
pinggang, usus, hidung, mulut dan liang peluh. Antara saluran yang dapat
menyalirkan racun ialah melalui kulit. Apabila timbul keadaan gatal di
kulit, kita menggaru menyebabkan berlaku calar-calar dan kemudian mengalir
cairan tubuh (air nenes atau air biasa) atau nanah. Melalui calar, air
nenes dan nanah itulah kotoran tubuh yang mengandungi racun akan keluar.
Apabila tubuh dapat mengeluarkan kotoran dan racun, maka tubuh akan berada
dalam keadaan sihat. Malangnya penggunaan ubat-ubatan konvensional akan
menekan kotoran dan racun tubuh daripada dapat keluar dan memerangkapnya
terus di dalam tubuh. Akibatnya tubuh akan bertambah teracun dan kotor,
dan akhirnya akan terjadi penyakit yang lebih berat (keadaan mudarat).
Perubatan
seharusnya ke arah mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan racun tubuh
ini. Apabila tubuh bebas daripada kotoran dan racun, maka akan segera pulih
keadaan kesihatan dan kulit pun akan menjadi elok semula. Perubatan alamiah
(natural), seperti Homeopati, dapat membantu mempercepatkan proses pembuangan
kotoran dan racun ini.
Khasiat
kegunaan
*
gatal kulit atau gatal di mana sahaja
*
terasa merayap dan merenyam di kulit
*
erupsi dan ruam
*
kulit berwarna merah
*
panau, kurap, kayap
*
sengkela celah paha
*
kudis-kudis
*
masalah kuku
*
eksema; kering atau basah
*
kulit merekah, jerawat
*
kudis buta
*
bisul
*
demam campak
Kemungkinan
kesan mudarat ringan (Minor adverse reaction)
a)
Penyakit itu hilang terus, tanpa mendatangkan apa-apa kerumitan, atau b)
akan timbul sedikit kemelaratan simptom, sebelum penyakit sembuh.
Apa
yang harus anda lakukan dalam menghadapi hal-hal tersebut itu? Jika (a)
di mana penyakit anda itu terus sahaja sembuh tanpa mendatangkan sebarang
kerumitan, maka anda bolehlah berhenti buat seketika daripada mengambil
NOMO SKINDIS. Kemudian selang seminggu, anda boleh sambung semula mengambilnya,
hanya buat 2-3 hari sahaja. Lepas itu berhenti langsung, dan simpan ubat.
Jika anda langgar pantang, kemungkinan timbul sedikit masalah kulit tatkala
itu sambunglah semula mengambilnya.
Jika
(b) di mana timbul sedikit kemelaratan simptom masalah kulit itu, jangan
pula anda resah dan bimbang. Keadaan ini adalah suatu hal biasa, yang di
gelar krisis penyembuhan (healing crisis) dan keadaannya adalah sementara
dan singkat. Apabila timbul krisis penyembuhan, maka anda perlu berhenti
seketika daripada mengambil ubat tersebut. Krisis itu akan berlalu dan
anda akan mengalami kesembuhan. Apabila simptom kulit sudah kelihatan reda,
anda cubalah makan ubat tersebut selama 2-3 hari. Kalau tidak timbul kemelaratan,
maka itu tandanya bahawa masalah kulit anda sudah pulih. Simpanlah ubat
dengan elok untuk kegunaan apabila timbul semula masalah kulit tersebut,
yang selalunya akibat langgar pantang.
Pantang
Larang
Masalah
kulit sering berkait rapat dengan pemakanan. Memang ada benda-benda tertentu
yang merupakan alergen (benda yang menjadi alahan pada tubuh). Apabila
seseorang makan atau terdedah pada alergen, maka akan menimbulkan simptom
kulit. Sebenarnya alergen adalah racun pada orang itu, yang sepatutnya
dijauhi ataupun sekurang-kurangnya dikurangkan. Antara alergen kulit adalah
benda-benda yang menimbulkan gatal seperti daging, ikan-ikan tertentu,udang,
ketam,sotong,belacan dan seumpamanya. Alergen bagi seseorang itu tidak
semestinya merupakan alergen pada orang lain. Panduan yang paling baik,
iaitu jika anda makan atau terdedah kepada sesuatu abuk, asap, wap-wap
wangian tertentu, misalnya, dan ia menimbulkan gangguan pada kesihatan,
maka kenalah anda jauhi ataupun berpantanglah dengan benda itu.
Cara
makan:
Dikemam
atas lidah. Tablet A -1 tablet (pagi) Tablet B -1 tabket (petang) Makan
3 hari berturut-turut dan berhenti 3 hari. Ulangi sedemikian sehingga habis,
jika perlu.
Keterangan lanjut sila hubungi
melalui
mail - roslimn@hotmail.com atau Phone-013-3443667
~~"Kita Bina Masa Depan Bersama"~~
|