Jika anda mendaftar,Anda akan diberi satu laman web atas nama anda cth:. http://eraedar.tripod.com/suhaimi utk memperkenalkan kepada kawan downline anda , Juga akan dimasukkan ke alamat dimana anda berada . | | | | | FORMULA PROF. DR. AZIZAN ISMAIL MENGANDUNG LEWAT USIA Soalan : Soalan: Saya berusia 42 tahun dan telah disahkan mengandung. Pada usia saya yang sebegini, apakah risiko yang saya hadapi ketika mengandung? Bakal ibu bimbang, Kuala Kangsar. Jawapan : Tahniah kerana puan sedang mengandung. Apabila janin sudah terbentuk, si ibu akan mengalami beberapa perubahan termasuklah masalah letih, kerap kencing, kembung, perubahan mood, loya, muntah dan buah dada semakin kenyal. Perubahan ini biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil. Tetapi bagi yang sudah berumur, mereka perlu lebih mengawasi kesihatan dan kandungan mereka. Sewaktu mengandung, ibu-ibu yang berusia ini dikatakan lebih terdedah kepada tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan pra-eklampsia (simptom-simptom awal sebelum timbulnya eklampsia iaitu sejenis sawan atau konvulsi yang terjadi sebelum atau sewaktu kelahiran anak). Sekiranya pra-eklamsia berkeadaan serius ia boleh membawa kepada bengkak kaki, sakit kepala, loya, muntah, sakit bahagian abdomen dan gangguan penglihatan. Keguguran dan bersalin tidak cukup bulan kerap dialami oleh wanita yang berusia lanjut. Kajian juga mendapati mereka juga akan mengalami komplikasi seperti mengambil masa yang lama untuk meneran (labor) dan bersalin. Oleh kerana itu banyak kelahiran pada usia sebegini perlukan bantuan forseps atau menjalani pembedahan. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berumur juga dilaporkan berisiko menghidap Down’s sindrom. Nisbahnya ialah seorang dari setiap 1200 orang yang ibunya berumur 25 tahun ke atas. Tetapi ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas pula mempunyai nisbah seorang untuk setiap 100 orang. Biasanya klinik dan hospital akan menawarkan perkhidmatan ujian pemeriksaan kandungan kepada ibu-ibu yang berusia 30 tahun ke atas untuk mengesan sebarang keganjilan tersebut. Namun begitu, ibu-ibu hamil ini didapati lebih berpengetahuan dan berpengalaman menghadapi saat-saat mengandung dan kelahiran mereka. Mereka juga lebih bersedia menerima kehadiran orang baru di dalam rumah tangga mereka. Satu kajian pernah di jalankan mendapati mereka yang berumur 35 tahun lebih mendalam sifat keibuan dan kurang mengalami alahan sewaktu mengandung berbanding dengan ibu-ibu yang berusia 20-an. Puan juga disarankan supaya menjaga pengambilan makanan untuk kesihatan puan dan tian yang dikandung. Gunakan SALINDAH yang merupakan satu set lengkap pemakanan dan perawatan sewaktu mengandung sehingga lepas bersalin. Elakkan dari merokok, minuman yang berkafeina atau beralkohol serta pengambilan kuantiti vitamin A yang berlebihan (seperti kerap makan limpa) kerana ia boleh mengakibatkan keguguran dan kecacatan bayi. |