EXAMO
TESTIMONI
" Setiap
insan telah dicipta Allah s.w.t dengan jisim otak beserta neuronnya yang
sama. Apa yang membezakan individu ialah dari segi rangsangan atau pendedahan
yang diterimanya. Oleh itu untuk mencapai tahap kecergasan otak yang optimum,
seseorang itu perlu dberi 'input' yang terbaik. " Examo CKM 500, Examo
CKM 500 Plus dan MatSa dirumus khas untuk memberi makanan kepada sel-sel
otak, mengembalikan kecergasan dan menguatkan ingatan. Kalsium, magnesium
dan kalium adalah nutrien asas yang terkandung dalam produk ini amat diperlukan
dalam proses perkembangan sel-sel otak yang sihat dan cergas. " Melalui
pengamatan saya setelah memberikan pemakanan ini kepada anak-anak yang
bermasalah dalam pembelajaran terutama subjek Matematik dan Sains, saya
dapati perubahan begitu ketara dari segi sikap dan pencapaian mereka yang
lebih cemerlang dari sebelumnya. " Examo CKM 500 dan Examo CKM 500 Plus
telah dibuktikan keberkesanannya lebih dari 20 tahun. Ia mengandungi nutrien
yang seimbang serta tiada kesan sampingan. Ini adalah suatu pilihan terbaik
untuk ibubapa yang inginkan kejayaan anak-anak mereka ", jelas Dr. Hajah
Noorfiza.
KES
1:
Seorang
kanak-kanak berusia 6 tahun masih tidak pandai membaca walaupun sudah beberapa
bulan bersekolah di tadika. Atas nasihat yang diberikan, ibunya telah memberikan
ketiga-tiga produk ini secara rutin. Selang beberapa minggu sahaja, dia
sudah boleh membaca dengan lancar dan ibunya berbangga dengan pencapaian
anaknya.
KES
2 :
Seorang
pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dalam tempoh enam
bulan masih lemah dalam pelajaran Matematik walaupun sudah puas mengulangkaji
dan mengikuti kelas tambahan. Atas nasihat yang diberikan, ibunya telah
memberikan ketiga-tiga produk ini. Alhamdulillah, setelah keputusan UPSR
diumumkan, dia mendapat keputusan yang membanggakan.
MatSa
merupakan rencana pemakanan berasaskan Sains Homeopati yang dirumus khas
oleh Prof. Dr. Azizan Hj Ismail ini diperkaya dengan ramuan dinamik Nux
Vomica, Calcarea Carbonica Ostreatum dan Faktor S 200 yang dapat membantu
merangsang dan mengaktifkan aktiviti hemisfera
otak kiri terutamanya yang melibatkan proses pemikiran logik
dan konkrit.Tanpa kesan sampingan, pengambilan MatSa secara rutin akan
mengembalikan ketenangan dan keseronokan mengira, menganalisis dan menaakul. |