SEE Title
 
 
Homeopati
Biokimia
Herbalisme
Examo CKM-500 Plus
Staminex
Nicotinex
Nomo Sniz
Nomo Skindis
Nomo Fet
Nomo Gaz
Nomo Spex
Nomo Migren
Nomo Mamolo
Salindah B4
Salindah B6
Salindah L7
Salindah L8
Salindah L9
Examo CKM 500
Salindah B1
Salindah B2
Salindah B3
Salindah B5
Salindah L10
Salindah L12
Jitra Teablets
Phos-X
Griptite
Ekonopek Phos-X
Ekonopek Griptite
Asmakur
Aquamed 220
Eye Brite
Krim Skindis
X-Pen 
X-Ten
Femina
Masculean
Salindah L11
Asmakur
Ekonopek Examo
Salindah Lengkap

 [Harga]

Senarai Barang

  EXAMO CKM 500 Plus

Kesesuaian

Untuk semua peringkat umur, istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Kesan Kegunaan

Membantu melekaskan tindakan EXAMO CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik EXAMO -CKM 500 itu. Sama peranannya seperti pemangkin (catalyst).

Lain-lain Kegunaan

Dapat membantu EXAMO CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut:

  • Lupa yang amat teruk. 
  • Hilang semangat untuk belajar dan bekerja. 
  • Peribadi terbelah (split personality). 
  • Perasaan mendengar bisikan dari belakang. 
  • Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong.
Kemungkinan kesan kemudaratan: Tiada

Staminex

 [Harga]

Senarai Barang

  STAMINEX

Kesesuaian

Istimewa bagi ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja.

Kesan Kegunaan

  • Memberi tenaga tambahan kepada tubuh yang sudah letih lesu. 
  • Berguna kepada ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja. 
  • Amat sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan jauh, terutama sekali bagi yang memandu kenderaan. Tidak mempunyai steroid. 
  • Mencegah krem anggota dan mencegah seliuh. Kalau sudah terseliuh, menggunakannya akan menghilangkan masalah tersebut. 
  • Juga menghilangkan linu, lenguh dan lebam. 
  • Membunuh bisul yang hendak membentuk atau mempercepatkan proses penyembuhan. 
  • Sakit-sakit pinggang, dada, anggota akibat kerja keras. 
  • Amat baik bagi orang tua yang zaman mudanya bekerja keras. 
  • Bagus dimakan sebelum memandu kereta dalam perjalanan jauh. 
  • Rasa malas dan lembab pergerakan.

Nicotinex

 [Harga]

Senarai Barang

  NICOTINEX

Kesesuaian

Khusus bagi mereka yang merokok.

Kesan Kegunaan

Barangan ini bertindak dengan menghapuskan nikotin (candu) rokok atau menghilangkan kesan daripadanya. Mengurangkan ketagihan bagi mereka yang mahu berhenti merokok, boleh juga berhenti langsung. Dapat mengurangkan bau busuk pada penghisap rokok. Kemungkinan kemudaratan ringan akibat tindakannya menghapuskan nikotin itu, kadangkala boleh menimbulkan:

  • Loya dan muntah. 
  • Memuntahkan lendir gelap bertali yang mengandungi candu rokok. 
  • Mengantuk. Juga akibat penghapusan nikotin dalam sistem tubuh. 

Nomo Sniz

 [Harga]

Senarai Barang

  NOMO SNIZ

Kesesuaian

Merawat masalah resdung, gatal hidung, mata dan muka, berhingus dan bersin, peka pada air, angin, debu dan habuk.

Keterangan

Dikemam atas lidah 1 tablet 2 kali sehari (pagi dan malam). Makan 3 hari berturut-turut dan berhenti 3 hari. Ulangi sedemikian sehingga habis. Jika terasa lega, anda boleh berhenti mengambil ubat.


 [Harga]

Senarai Barang

  NOMO SKINDIS

Kesesuaian

Bagi kebanyakan jenis penyakit kulit

Keterangan

Melalui calar, air nenes dan nanah akan keluar. Apabila tubuh dapat mengeluarkan kotoran dan racun, maka tubuh akan berada dalam keadaan sihat. Malangnya penggunaan ubat-ubatan konvensional akan menekan kotoran dan racun tubuh daripada dapat keluar dan memerangkapnya terus di dalam tubuh. Akibatnya tubuh akan bertambah teracun dan kotor, dan akhirnya akan terjadi penyakit-penyakit yang lebih berat (keadaan mudarat). Perubatan seharusnya ke arah mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan racun tubuh ini. Apabila tubuh bebas daripada kotoran dan racun, maka akan segera pulih keadaan kesihatan dan kulit pun akan menjadi elok semula. Perubatan alamiah (natural), seperti Homeopati, dapat membantu mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan racun ini.

Khasiat Kegunaan

  • gatal kulit atau gatal di mana sahaja 
  • terasa merayap dan merenyam di kulit 
  • erupsi dan ruam 
  • kulit berwarna merah 
  • panau, kurap, kayap 
  • sengkela celah peha 
  • kudis-kudis 
  • masalah kuku 
  • ekzema; kering atau basah 
  • kulit merekah, jerawat 
  • kudis buta 
  • bisul 
  • demam campak 

Nomo fet

 [Harga]

Senarai Barang

  NOMO FET

Kesesuaian

Orang gemuk.

Kesan Kegunaan

Bertindak mengurangkan kegemukan dengan cara memecah dan mengeluarkan lebihan air serta lemak di dalam tubuh.

Bagi orang konstitusi hidrogenoid (gemuk air) - air dikeluarkan Melalui saluran biasa: Kencing, cirit atau peluh. Bagi orang konstitusi lipogenoid (gemuk lemak) - Lemak dipecahkan dan keluar dalam bentuk minyak dan lendir, melalui saluran biasa: liang peluh, kerongkong, hidung, dubur. Kelihatan najis yang dikumuh itu berminyak. Tidak mengandungi laksatif pencahar atau anoreksik (pengongkong selera).

Kemungkinan Kesan Kemudaratan Ringan

  • Keluar cecair (air/lemak) dari tubuh 
  • Tumbuh ruam bagi mereka yang pernah mengidap sakit kulit yang telah "supressed". Selepas itu ia sendiri akan membersihkan kulit itu. 

 [Harga]

Senarai Barang

  FEMINA

Kesesuaian

Untuk wanita atau gadis.

Keterangan

Berfungsi untuk merawat calar-calar garuan, gatal dan kerengsaan, ekzema. Mencegah dan merawat masalah berkaitan alat kelamin, terutama mengawal pertumbuhan dan perkembangan jangkitan bakteria dan kulat yang amat gemar pada keadaan lembap di kawasan itu. Membersih keputihan, darah haid dan nifas.


 [Harga]

Senarai Barang

  MASCULEAN

Kesesuaian

Untuk kaum lelaki.

Keterangan

Istimewa untuk kaum lelaki bagi membasuh kawasan sulit, berperanan untuk merawat calar-calar garuan, melegakan gatal dan kerengsaan, mengawal jangkitan kulat(fungus) dan menghilangkan bau kurang enak di kawasan sulit. 



 [Harga]

Senarai Barang

  PHOS-X

Kesesuaian

Istimewa bagi kaum lelaki yang lemah syahwat. 

Keterangan

Menguatkan tenaga batin, menambah air mani, menguatkan pinggang, menghilangkan sengal dan bisa-bisa urat, kencing tak puas, melancarkan aliran darah. 


Griptite

 [Harga]

Senarai Barang

  GRIPTITE

Kesesuaian

Istimewa bagi kaum wanita yang belum kahwin atau pun yang sudah berkahwin

Keterangan

Diperbuat daripada herba terpilih istimewa untuk mengatasi banyak masalah wanita, sama ada yang sudah berkahwin atau belum. Paling istimewa bagi ibu selepas bersalin bagi mengecutkan organ peranakan, mengempiskan perut, mencegah masalah meroyan. Menghilangkan penyakit putih(leukorea) dan melazatkan hidup perkelaminan. 



 [Harga]

Senarai Barang

  EKONOPEK PHOS-X

Kesesuaian

Sesuai untuk lelaki dewasa

Keterangan

Sesuai Untuk Lelaki Dewasa Amalan memakan Jitra Teablets berselang-seli akan meningkatkan lagi tindakan Phos-X 



 [Harga]

Senarai Barang

  EKONOPEK GRIPTITE

Kesesuaian

Sesuai bagi wanita dewasa

Keterangan

Amalan memakan Jitra Teablets berselang-seli akan meningkatkan lagi tindakan Griptite.



 [Harga]

Senarai Barang

  SALINDAH LENGKAP

Kesesuaian

Untuk wanita hamil

Keterangan

Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. 


Ekonopek examo

 [Harga]

Senarai Barang

  EKONOPEK EXAMO



 [Harga]

Senarai Barang

  EYE BRITE

Kesesuaian

Semua peringkat boleh menggunakannya, istimewa yang mengalami sakit mata, kabur pandangan.

Kemungkinan kesan kemudaratan ringan.

1.. Mata terasa pedih sedikit bila menggunakannya.
2. Keluar tahi mata. Ini proses pembersihan dalam mata. 


 [Harga]

Senarai Barang

  KRIM SKINDIS

Kesesuaian

Untuk masalah kulit.

Keterangan

Krim Skindis merupakan krim istimewa yang mengandungi gamat atau timun laut. Haiwan laut ini telah dijadikan bahan perubatan Melayu sejak berkurun-kurun lamanya kerana dianggap mempunyai kemujaraban dan khasiatnya tersendiri khususnya dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. 



 [Harga]

Senarai Barang

  SALINDAH (Ceraian)
Salindah B1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

Salindah B2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

Salindah B3
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

Salindah B4
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

Salindah B5
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

Salindah B6
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

Salindah L7
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.

Salidah L8
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

Salindah L9
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh

Salindah L10
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.

Salindah L11
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.

Salindah L12
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.