HOME | PRODUK ERAEDAR UNA KOSMETIK | PENDAFTARAN KEAHLIAN | PESANAN PRODUK | EMAIL
 
 
 
 
Examo CKM 500
Examo Plus
Examo Ekonopek
Salindah 
Griptite Ekonopek 
Phos X Ekonopek
Alpan
Maila
Bio-Lac
Diafood Tabs
Asmakur Tabs
Asmakur
Nomo Sniz
Nomo Spex
Nomo Skindis
Jitra Teablets
Staminex
Eye-Brite
Femina
Masculean
HOME
Pengetahuan Produk

Homeopati

Sistem Perubatan Homeopati telah diperkenal dan dimajukan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843), seorang doktor dari Jerman, dalam tahun 1810. Sistem Perubatan Homeopati lahir hasil daripada ujikaji yang meluas dan pemerhatian yang sungguh teliti. 

Keistimewaan Homeopati ialah ia tidak bertentangan dengan fitrah tubuh. Hahnemann mendapati bahawa setiap benda yang boleh mendatangkan keracunan pada tubuh yang sihat bolih diolah menjadi ubat atau penawar pada diri pesakit. Oleh itu semua ujikaji yang dijalankan dalam Homeopati adalah ke atas diri manusia yang sihat, bukan ke atas haiwan atau orang sakit. Hasil usaha yang dijalankan dengan begitu bersungguh-sungguh dan teliti telah melahirkan begitu banyak ubat. 

Ubat Homeopati digelar penawar atau remedi. Hingga kini sudah terdapat lebih daripada 2000 jenis remedi Homeopati. Remedi Homeopati disediakan mengikut kaedah istimewa yang hanya diamalkan dalam Homeopati, iaitu 'Potentitasi'. Penyediaan remedi menurut kaedah ini menghapuskan langsung keracunan yang terdapat dalam bahan asalnya dan dengan itu menjadikannya sangat selamat digunakan. Justeru itu terelaklah pengguna daripada segala kesan sampingan atau kesan keracunan seperti yang lazim terdapat dalam perubatan biasa sekarang ini. Kelahiran Homeopati telah dirasakan sebagai satu cabaran dan saingan kepada perubatan konvensional. Maka timbullah berbagai-bagai tentangan dan rintangan terhadap perkembangan sistem perubatan baru ini. 

Walaupun Dr. Hahnemann terpaksa berdepan dengan banyak musuh, ramai pula doktor yang ingin mencuba kaedah ini. Maka ramailah di kalangan mereka yang telah tertarik dan terpengaruh dengan kebaikan dan terus mengamalkannya. Sejak itu Homeopati telah berkembang maju dan mendapat sanjungan semua lapisan masyarakat.

BIOKIMIA

Sistem Perubatan Biokimia diperkenalkan oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler dari Oldenburg, Jerman dalam tahun 1873. Menurut Dr. Schuessler, dalam tubuh seseorang terdapat 12 garam tisu. Tubuh akan sihat, dengan semua organ berfungsi sempurna, jika sekiranya kesemua garam tisu itu berada dalam keadaan seimbang. Penyakit akan terjadi dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna jika tubuh kekurangan salah satu, atau lebih daripada satu, garam tisu tersebut atau juzuknya tidak seimbang. 

Timbulnya gejala atau simptom penyakit menunjukkan tubuh itu 'meragam' akibat masalah kekurangan atau ketidak seimbangan garam tisu dalam tubuh. Berpandukan gejala atau simptom penyakit yang timbul, seseorang doktor dapat mengenal pasti garam tisu mana yang kekurangan atau tidak seimbang. 

Rawatan bagi penyakit ialah dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh. Kaedah menyediakan remedi garam tisu Biokimia adalah secara Triturasi. Sama seperti remedi Homeopati, remedi garam tisu Biokimia juga tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya dan dengan itu selamat digunakan walaupun dalam jangka waktu yang lama. 

HERBALISME

Herbalisme adalah jenis perubatan yang paling awal dikenali dan diamalkan oleh manusia. Sebelum terciptanya haiwan dan manusia di bumi ini, bumi telah dipenuhi oleh aneka tumbuhan. Apabila haiwan dan manusia mula mendiami bumi mereka mula bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. 

Sejak awal-awal lagi manusia mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan mengandungi zat-zat khasiat baik untuk kesihatan manusia. Perlu diingat bahawa sebahagian besar keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh adalah diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebelum manusia mengenali perubatan moden, manusia bergantung harap pada rumusan ramuan herba untuk menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan. 

Dari generasi ke generasi ilmu merumus ramuan ubat herba tradisional diperturunkan dalam setiap masyarakat. Oleh kerana kesan yang baik, ubat-ubat ramuan herba tradisional ini masih mendapat tempat di hati masyarakat umum. Sebenarnya tumbuh-tumbuhan yang tumbuh meliar di hutan rimba Malaysia cukup tinggi khasiatnya dan dengan itu kita tidak perlu bergantung kepada herba yang diimport dari luar negara yang biasanya dijual dengan begitu mahal sekali. 
 
 

 

 
 
Make your own free website on Tripod.com