HOME | PRODUK ERAEDAR UNA KOSMETIK | PENDAFTARAN KEAHLIAN | PESANAN PRODUK | EMAIL
 
SILA PILIH  UNTUK MENGETAHUI  PRODUK
Profile
Visi/Misi
Produk Eraedar
Produk UNA
Kosmetika
Pesanan Produk
Bonus
Testimoni
Pengedar Terdekat
Program
Plan Pemasaran
Kemuskilan
Keratan Akhbar
Pendaftaran Ahli
Email
Magic Kira
Jika anda mendaftar,Anda akan diberi satu laman web atas nama anda  cth:.
http://eraedar.tripod.com/suhaimi utk memperkenalkan kepada kawan downline anda , Juga akan dimasukkan ke alamat  dimana anda berada .
PENYAKIT
  • Autisme
  • Diabetes
  • Gout
  • Kemandulan
  • Menopaus
  • Nyanyuk
  • Osteoporosis
  • Soalan Bimbingan Ketika Hamil
    cth  soalan yg pernah ditanya 
    oleh kepada kami
    DIANTARA  PRODUK KAMI

    Rencana Pemakan Set Lengkap Minda

  • EXAMO CKM 500
  • EXAMO CKM500 PLUS
  • MATSA
  • Testimoni Minda
  • Rencana Pemakan Set Lengkap salindah (Bukan sekadar bersalin Mudah)
  • SET LENGKAP SALINDAH 
  • Aturan Pemakan Set salindah
  • Testimoni mudah bersalin
  • ASMAKUR TABLETS
    ubat batuk tablets-mudah dibawa kemana sahaja
    ALPAN
    ubat sakit kepala dan deman-mudah dibawa
    DIAFOOD TABS
    UNA KOSMETIKA
    Mengekalkan keremajaan tisu kulit dengan membekalkan zat untuk kulit.
    MAILA
    FORMULA PROF. DR. AZIZAN ISMAIL
    BIO-LAC

    Harga  
    Semenanjung Malaysia RM 19.90 
    Sabah & Sarawak RM 24.00 
    Brunei DS BND 14.00 
    Merupakan serbuk susu yang dipasteur mengandungi kombinasi khas garamtisu biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail. 

    KEISTIMEWAAN TAMBAHAN GARAMTISU BIOKIMIA

    Khasiat:-

    Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental. Kecergasan dan kecerdasan. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam. Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi. Membuang bahan toksik dalam badan. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan. Menambah selera. Membantu proses pembinaan darah 

    KENAPA PROF DR AZIZAN MERUMUS SUSU BIO-LAC ?

    Saya rasa terpanggil untuk merumuskan susu bayi dan kanak-kanak sebagai alternatif kepada apa yang ada di pasaran sekarang. Ini dilakukan kerana bimbangkan ramai keluarga yang akan terikut-ikut dengan trend penambahan zat kalsium dalam susu seperti yang diiklan dalam media massa dewasa ini. Sememangnya zat kalisum penting kepada sesiapa sahaja terutama kanak-kanak dan wanita yang menopaus (tamat haid). Tetapi itu tidak bererti bahawa kita perlu memberikan kalsium berlebihan. Pemberian kalsium berlebihan bukan semestinya baik. Tambahan pula jika zat kalsium tersebut adalah dalam bentuk mentah (crude) kerana dibimbangi akan menimbulkan kemudaratan pula. Sebaik-baik sesuatu itu adalah bersederhana dan seimbang. 

    Apakah mungkin kemudaratan zat kalsium berlebihan kepada kanak-kanak?

    Menurut buku "The Doctors' Vitamin & Mineral Encyclopedia" (ISBN 0-7529-0042-0) karangan Dr. Sheldon Saul Hendler MD, PhD., zat kalsium memang sangat berguna untuk merawat osteoporosis, mencegah kanser, mencegah timbulnya tekanan darah tinggi, merendahkan aras kolesterol dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (sakit jantung), mengurangkan kekejangan kaki, berguna untuk merawat dan mencegah arthritis (pembengkakan sendi) dan menyihatkan kulit. Namun demikian kesan buruk kalsium, terutama jika berlebihan, ialah pembentukan batu karang dalam ginjal, menyebabkan kalsifikasi tisu, menimbulkan defisiensi magnesium dan sindrom pra-haid (premenstrual syndrome). 

    Sementara itu, menurut buku "Homoeopathic Materia Medica and Repertory" (ISBN 81-7021-003-8) oleh Dr. William Boericke MD, zat kalsium berlebihan (tahap toksik) boleh menimbulkan gejala-gejala gangguan kesihatan antaranya perpeluhan berlebihan, (terutama di kepala sehingga membasahi bantal), pembengkakan kelenjar, batuk dan lelah, loya, abses (penanahan) di otot-otot dalam, polipus (ketumbuhan dalam hidung) dan eksostosis (pertumbuhan berawan benigna tulang), mudah kelesuan, malas dan lupa. Kepala anak boleh membesar dengan ubun-ubun payah tutup. Mudah terkena selesema apabila terdedah kepada keadaan dingin atau terkena air. Tonsil boleh membengkak, perut membuncit. Kanak-kanak mudah cirit-cirit dengan najis berwarna putih dan keluar lelehan daripada hidung dan telinga. Pada kanak-kanak perempuan mungkin menimbulkan keputihan yang kronik. Itu hanyalah sebahagian daripada kemudaratan zat kalsium berlebihan yang membawa kepada ketoksikan sistem badan.

    Ingatlah pesanan dan panduan ini : 
    Biarpun baik mesti ada had Lebih daripada had menjadi jahat 
    Yang mungkin berkesudahan di liang lahad 

    Susu Bio-Lac

    Dalam susu Bio-Lac memang ditambah beberapa zat mineral dalam bentuk garam tisu biokimia, termasuklah kalsium fosfat. Cuma kalsium yang terdapat dalam susu ini adalah dalam bentuk diperhalus melalui proses triturasi ke peringkat 10-6. Dalam keadaan sehalus ini zat ini mudah larut, dicerna dan diserap melalui membran sel melalui proses osmosis dan tidak akan menimbulkan pengambilan berlebihan sehingga ke tahap toksik. Dengan itu ia adalah sangat selamat bagi bayi dan kanak-kanak.


    HOME | PRODUK ERAEDAR | PRODUK UNA | PENDAFTARAN | PESANAN PRODUK | MAIL

    Sila hubungi  : ROSLI | Mail : roslimn@hotmail.com | No . Telefon : 013-3443667 | No ahli : 055102

    Make your own free website on Tripod.com